***
Pesan Nabi SAW kepada Saiyidina Ali ra, supaya jangan mengira² rezeki untuk hari esOk, kerana Allah menurunkan rezeki tiap² hari. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki Rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa izin dariNya.
***
Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Sejauh mana kita bersyukur akan limpahan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Juga bergantung cukup atau tidak kita menambat nafsu kita. Yang penting setiap kali selepas solat, berdoalah. Pohon Allah berikan apa yang terbaik untuk kita.
***
Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam Hadis yang lain, Baginda SAW berkata, orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam.
***
Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah Kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur.
Amin...Ya Rabbal'Alamin.
***
Kesimpulannya belajarlah untuk berkata CUKUP...ALHAMDULILLAH
"Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
andai diri tak sehebat SULAIMAN.
Mengapa mengharap teman setampan YUSOF,
jika kasih tak setulus ZULAIKHA.
Mengapa perlu mencari teman seteguh IBRAHIM,
andai diri tak sekuat HAJAR dan
Mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD,
jika ada keburukan pada dirimu
Bimbinglah kekurangan itu sebagai satu keunikan,
carilah kebaikan pada dirinya.
Bersyukurlah kerana kita dipertemukan dengannya
Berdoalah penuh kesyukuran kerana dia teman hidup kita"