(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)





MUNAJAT KESABARAN

Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran
kepada kami dan wafatkanlah kami dalam
keadaan berserah diri kepada-Mu

Allahumma ya Allah
Curahkanlah kami kesihatan
agar kami mampu menjalankan amanah-Mu
Curahkanlah kami keteguhan
agar kami mampu tegar menerima amanah-Mu
Curahkanlah kami kesabaran
agar kami mampu menerima segalanya
Lapangkanlah hati kami
agar kami ikhlas menerima tugas-tugas-Mu

Ya Allah
beri kami kesabaran
seperti sabarnya
Nabi Ibrahim tatkala diuji kecintaannya
Nabi Ismail tatkala hendak dikorbankan
Nabi Yunus tatkala dilempar ke tengah lautan
Nabi Yusuf tatkala di penjara
Nabi Ayub tatkala menderita sakit
Nabi Muhammad tatkala menegakkan ajaran-Mu

Tapi kami tak bisa melihat-Mu
Mata kami telah tertutup
Telinga kami telah tertutup

Apabila tidak Kau ampuni



ANTARA PANDUAN DAN BATASAN SYARIAT DALAM MEMBENARKAN HIBURAN NYANYIAN.

1. Berkaitan dengan Pendengar :
Setiap orang mengetahui dirinya, arah fikiran dan cetusan
hatinya,lebih dari orang lain.Sekiranya nyanyian ataupun jenis-jenis tertentu darinya boleh menyalakan emosinya dan
mendedahkannya kepada fitnah dan kejahatan,
menyebabkannya berenang di alam fantasi
dan memuncakkan nafsu kebinatangannya melebihi sudut spiritual,
ketika itu dia perlu meninggalkannya.
Dia perlu menutup pintu yang mungkin didatangi oleh
angin fitnah kepada hati, agama dan akhlaknya.
Hanya ketika itu sahaja,dia akan terselamat dari fitnah.

Dalam hadis nabi:
. الْبِرُّ مَا سَكَنَتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَاطْمَأَنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ
وَاْلاءثْمُ مَا لَمْ تَسْكُنْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَلَمْ يَطْمَئِنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ وَإِنْ أَفْتَاكَ الْمُفْتُونَ
“Kebaikan ialah apa yang ditenterami oleh jiwa
dan ditenangi oleh hati sedangkan dosa ialah
perkara yang tidak ditenterami oleh jiwa
dan tidak ditenangi oleh hati, walau apapun yang telah difatwakan oleh orang-orang yang memberikan keputusan”

(Riwayat Imam Ahmad dari Abi Tha’labah dan disahihkan lagi dalam kitab Sahih al-Jami’ as-Saghir)


2. Tidak Berlebih-lebih dalam mendengar Nyanyian :

Dalam hadis riwayat Ibnu Hibban dan
kitab Suhuf Nabi Ibrahim ada menyebut:
“Seorang yang waras perlu menumpukan perhatiannya
kepada tiga perkara:
Mencari kehidupan duniawi, mencari bekalan untuk
hari akhirat atau keseronokan yang tidak diharamkan.”

(Riwayat Ibnu Hibban dari hadis Abu Zar dan hadis ini amat daif.
Namun kita boleh melihatnya dari sudut hikmah yang tinggi.)

Wallahualam - Allah jua yang lebih mengetahui


(GURINDAM JIWA)


LIRIK:
( P )
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
( L )
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
( P
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati
( L )
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga
( P )
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
( L )
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
( L & P )
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

Friday, February 6, 2009

***
Pesan Nabi SAW kepada Saiyidina Ali ra, supaya jangan mengira² rezeki untuk hari esOk, kerana Allah menurunkan rezeki tiap² hari. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki Rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa izin dariNya.
***
Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Sejauh mana kita bersyukur akan limpahan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Juga bergantung cukup atau tidak kita menambat nafsu kita. Yang penting setiap kali selepas solat, berdoalah. Pohon Allah berikan apa yang terbaik untuk kita.
***
Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam Hadis yang lain, Baginda SAW berkata, orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam.
***
Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah Kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur.
Amin...Ya Rabbal'Alamin.
***

Kesimpulannya belajarlah untuk berkata CUKUP...ALHAMDULILLAH


"Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,

andai diri tak sehebat SULAIMAN.

Mengapa mengharap teman setampan YUSOF,

jika kasih tak setulus ZULAIKHA.

Mengapa perlu mencari teman seteguh IBRAHIM,

andai diri tak sekuat HAJAR dan

Mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD,
jika ada keburukan pada dirimu
Bimbinglah kekurangan itu sebagai satu keunikan,
carilah kebaikan pada dirinya.
Bersyukurlah kerana kita dipertemukan dengannya
Berdoalah penuh kesyukuran kerana dia teman hidup kita"

0 Komentar:

Post a Comment

<< Home